Author Topic: Kinabalu oh kinabalu!  (Read 3244 times)

siti07

  • Newbie
  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
    • Email
Kinabalu oh kinabalu!
« on: February 19, 2008, 12:02:33 PM »
Salam dari saya, Siti07. Sekadar ingin berkongsi rasa. Last year, bersama suami ada ke GKinabalu.Malang bagi saya kerana hanya berpeluang sampai di Layang-Layang (pendakian terpaksa dihentikan atas masalah fizikal) dan terima kasih saya yang tak terhingga buat Renjer JALDI yang banyak membantu semasa saya di Pejabat Renjer Layang-Layang -layanan 1st CLASS.Tahun ini berhasrat ingin kembali ke GKinabalu tetapi terpaksa di tunda atau lupakan saja kerana :-

1.harga package yang ditawarkan terlalu melampau buat saya warganegara malaysia (dengan harga yang sedemikian  baik saya mendaki gunung di negara jiran - Indonesi)
2.cubaan "BOOKING" dari tahun lepas November hingga sekarang, February 08 ,jawapan standard yang diterima-not open yet for booking and akhirnya 4 hari lepas, sudah FULL BOOKED (hati masih tertanya-tanya, akal masih mencari jawapan - apa yang berlaku sebenarnya di SSL ni?....)

Yang pasti, Gunung Kinabalu bukan untuk kita Warga Malaysia kerana PENDAPAT SAYA, SSL lebih mengutamakan pihak luar dari warga sendiri...Ramai kawan segunung mengeluh tapi apakan daya, kita tidak mampu berbuat apa-apa.

drizad

  • Administrator
  • Newbie
  • *****
  • Posts: 7
  • Beyond Borneo's Majestic Mountain
    • View Profile
    • Mount Kinabalu Borneo.com
Re: Kinabalu oh kinabalu!
« Reply #1 on: February 19, 2008, 02:09:09 PM »
Terima kasih di atas komen saudari. Semoga segala komen tersebut akan didengar oleh pihak berwajib (di mana saya sedang berusaha untuk memberi tahu mereka), dan masalah seperti ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Ada sesiapa lagi ingin tambah?
Save Kinabalu for our children!

siti07

  • Newbie
  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
    • Email
Re: Kinabalu oh kinabalu!
« Reply #2 on: February 20, 2008, 02:14:11 PM »
Thanks. Saya sentiasa mengharapkan agar sesuatu dapat dibuat bagi mengatasi permasalahan ini. 

raszack77

  • Newbie
  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
    • Email
Re: Kinabalu oh kinabalu!
« Reply #3 on: March 03, 2008, 03:42:19 PM »
Salam sejahtera,
Seperti mana yang sedia maklum bermula 18 Januari 2008 harga untuk penginapan di Laban Rata ialah rm188 seorang merangkumi:-

-penginapan satu malam
-pek makan tengahari
-buffet makan malam
-buffet sarapan pagi
-pek makan tengahari                        RM188

-pass masuk                                       RM3
-bayar guide (1-3 orang)                     RM70
-permit mendaki                                 RM30
-insurans                                            RM7
-sijil                                                 RM10
-transfer dari HQ Park ke                     RM15
  Tempohon gate
                                           TOTAL:RM 323

ini kos anggaran kasar di Kinabalu Park untuk mendaki 2 hari 1 malam.Kos pengakutan dari Kota Kinabalu ke Kinabalu Park belum dicampur kira.


*Pengakutan SSL
-dari SSL Office KK-Kinabalu Park RM40 seorang,tapi kena buat tempahan dahulu jika ada kekosongan.Agak terhad.
*Pengakutan Awam
-bas dari Terminal Inanam RM8 seorang paling murah.
-van RM10-RM15 seorang
-teksi RM130-RM150
*semua di atas laluan sehala (one way) untuk pergi ke Kinabalu Park dari KK.

Sekian.Jumpa lagi.



wonderfulsabah

  • Newbie
  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
    • Experience The Beauty Of Sabah Borneo, Malaysia
Re: Kinabalu oh kinabalu!
« Reply #4 on: July 31, 2008, 09:28:51 PM »
Terima kasih kepada Dr. Izad dan kepada pihak-pihak yg sewaktu dengannya kerana mengambil inisiatif terhadap masalah seperti ini.

Banyak pertanyaan saya terima daripada rakan-rakan yang ingin menganjurkan pendakian ke Gunung Kinabalu, namun tidak tahu di mana harus bermula atau kepada siapa harus dihubungi. Saya pasti masih ramai lagi individu yang berminat untuk mendaki gunung tersebut namun, atas kesukaran-kesukaran yang dihadapi serta kos yang tinggi, menyebabkan meraka membatalkan impian baik itu.

Pihak SSL perlu meningkatkan promo serta pengurusan mereka kerana tindakan atau improvement kecil ini mampu mengubah nama Sabah ke mata dunia dan lebih ramai lagi pelancong datang ke Malaysia untuk ke Sabah (untuk mendaki gunung atau melancong). Maka, ekonomi kita juga bertambah baik  :D

Tidak dinafikan bahawa publisiti serta usaha yang dilakukan oleh beberapa badan agensi lain termasuk pihak Dr. Izad banyak membantu dalam penjanaan sektor pelancongan di Sabah  :) Terima kasih atas usaha-usaha tersebut..
God has blessed Sabah with beautiful landscapes, friendly community and fruitful land!